Hamzah Abdullah

Datuk Hamzah Abdullah adalah mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 1947-1949 . Beliau menjadi menteri besar selama beberapa bulan sahaja. Ketika itu baru habis Perang Dunia Kedua dan belum ada pilihan raya.Beliau terlibat sama dengan Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud ,Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz dari Perak dan Zaaba untuk menggubal charter dan perlembagaan bagi parti UMNO yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.Zaaba mahu singkatan 'UMO' menyamai 'UN' ditambah 'National' menjadi 'UMNO'.